EMAS, KERTAS dan INFLASI.
First, mari kita faham dulu makna INFLASI dan HyperInflasi.
INFLASI => Dalam ekonomi, inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi juga boleh merujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi.
Oleh kerana terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam satu masa, tingkat harga umum ini diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna. Dengan kata lain, kadar inflasi diukur dengan perubahan dalam indeks harga pengguna.
HYPERINFLASI => (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang. Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang (cetak wang). Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang (cetak wang kertas) lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.
Ok, let say anda telah faham makna inflasi. Jadi bolehlah saya terangkan makna EMAS KALIS INFLASI. First, apa yang saya tulis bukan menerangkan segalanya. Tapi mengajak anda berfikir.
1) Katakan Sekarang harga milo ais RM1.80 (dulu rm 0.80, rm1, rm1.30, rm1.50 jer). adakah Harga Milo ais 5 tahun depan atau 10 tahun depan akan kekal RM1.80.?
2) Tahun 90an Nilai RM10 adalah satu nilai yang besar, macam rm50 sekarang nie. Sekarang adakah Nilai RM10 adalah nilai yang besar? nk cover breakfast dan lunch kat tempat kerja pun x lepas. Bagaimana nilai RM10 pada 5 tahun depan?
3) Andai anda simpan KERTAS RM100 hari ini. Selepas 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun apakah yang anda boleh buat dengan KERTAS RM100 tuh?
4) OK, sekarang tengok pada emas pula. andai anda simpan emas 1g yang bernilai rm166/g (tahun 80an rm30/g jer) hari ini. Adakah 10, 20, 30 tahun depan 1g tu tetap bernilai RM166?
5) Let say, anda ada RM10k dalam bentuk wang KERTAS dalam bank, bila berlaku inflasi di mana RM10k tu hanya dapat beli nasi lemak. Adakah RM10k wang kertas anda tersebut automatik bertukar jadi 1juta? tentulah tidak kan? Angka tetap rm10k dan wang rm10k yang anda kumpul susah payah itu sekelip mata sahaja berharga sebungkus nasi lemak. Indonesia adalah contoh terbaik Inflasi dan kejatuhan rupiah semasa krisis 1997/1998.
6) Berlainan pula situasi jika rm10k itu anda simpan dalam bentuk asset seperti EMAS. bila berlaku inflasi, emas yang bernilai RM10k masa anda beli TIDAK akan bernilai RM10k (harga sebungkus nasi lemak) semasa inflasi. malah lebih dari itu iaitu sama nilainya semasa anda beli.
7) Ambik contoh Zimbabwe, sebelum tahun 2000 1ZWD = USD1.42 . bila berlaku Hyperinflasi, Bank Zimbabwe telah mengeluarkan Wang KERTAS nilai 100 Trillion (100,000,000,000) yang bernilai kira2 RM20 shaja. bila berlaku keadaan ini, rakyat Zimbabwe dah tidak percayakan KERTAS lagi. mereka hanya menggunakan emas dalam urusniaga dimana harga sebuku roti bernilai 0.1g emas. Saya bukan cakap kosong, sila lihat video ini :-
Maklumat lanjut bagaimana WANG KERTAS hilang nilai akibat inflasi sila baca di wikipedia.
Bagi contoh lain:-
selepas 5 tahun, tetiba terjadi perang antara malaysia dengan singapura. Singapura yang dibantu US telah menang dan berjaya menawan malaysia. Matawang KERTAS baru dikeluarkan dengan matawang RM sebelum ini tidak lagi diperakui sah.
Then keluarkan kotak besi tersebut. Pada masa itu mana lebih mudah liquid? Emas ataupun RM3k (wang kertas sebelum perang)?
Apakah yang anda fikirkan?
kredit to gajahemas.wordpress.com
0 comments:
Post a Comment