CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 11 August 2012

Emas adalah aset yang tiada risiko - FDIC


Rabu lepas, 18 Jun 2012, Perbadanan Insuran Deposit Persekutuan (FIDC)  Amerika Syarikat telah membuat cadangan bagi mengketegorikan emas sebagai aset yang tiada risiko, Aset Tahap 1.

Ini kerana dalam satu tempoh yang panjang, harga emas sentiasa menunjukkan kenaikan yang ketara. Dan kesan daripada perubahan ini, ia dapat memacu permintaan emas dan harga emas yang lebih tinggi. Dalam kegawatan kewangan global, kepercayaan terhadap duit kertas dan bon telah mula hilang dan orang ramai sudah mula mengenal pasti tentang risiko-risiko yang selama ini terselindung disebalik aset kertas.  

Dalam dunia yang disifatkan sebagai pencetakan duit kertas yang tiada batas oleh bank pusat dan perblanjaan kerajaan yang terlampau boros, pakar perbankan terpaksa akur untuk mengiktiraf yang emas adalah satu-satunya aset yang tiada risiko.


Kita menyaksikan yang wang kertas, kredit dan bon boleh dan telah dihasilkan dengan kadar yang tiada batas, sedangkan emas pula mempunyai had dalam bekalannya. Dan fakta-fakta ini diketahui oleh bank-bank pusat serata dunia, dan mereka inilah sekarang yang menjadi pembeli dan pengumpul tegar emas.

Dan hari ini, dengan perubahan dan cadangan terbaru yang dicadangkan oleh FDIC ini, bank perdagangan dan swasta pasti akan mengikut jejak langkah dalam mengukuhkan kestabilan institusi-institusi perbankan yang hanya boleh dikecapi dengan menyimpan emas.

Oleh itu anda sebagai pelabur individu, adakah anda lebih mahu memiliki aset yang kadar risikonya 0% dan mempunyai had dalam bekalan? Atau memiliki wang kertas, kredit dan bon yang bekalannya adalah diluar kawalan anda.

Percetakan mata wang secara besar-besaran dan terbitan bon akan terus menerus belaku untuk menampung tahap hutang yang semakin meningkat dari hari ke hari. Akibatnya penurunan yang berterusan dalam nilai aset kertas adalah suatu yang tidak dapat di elak lagi. Dan perubahan kepada penggunaan 'wang sebenar' yang akan pada masa akan datang akan menyaksikan yang nilai emas akan terus naik dan permintaannya adalah berterusan. 

Jadi sebelum kenaikan harga emas yang menggila, mengapa tidak memilikinya sekarang?

Lindungilah diri anda dan orang yang tersayang dengan aset yang sebnar ini. Tukar simpanan anda kepada emas sekarang!

0 comments:

Post a Comment