Antara soalan-soalan cepu emas yang saya selalu terima melalui emel ialah:
“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi. Macam mana kalau saya buat loan bank?
So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini. Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, inilah petuanya…
Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya...
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin...
Mudah kan?
Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri;
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”
Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.
Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..
Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.
Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00.
Bank akan dapat untung sebanyak RM3,620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.
Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002),
Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz;
Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2,351.00 (2/4/2007).
Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808.00!
Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5,188.00!
Anda untung 51.88%
Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).
Berapa untungnya? Jom kira…
Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit,
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!
Keuntungan bersih anda ialah RM12,044.00 dalam alam masa 6 tahun (bersamaan 120%)
Kesimpulannya…
Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…
Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas, jangan pinjam along dah ler…
Disclaimer: Walaupun data yang saya gunakan disini adalah data sebenar, tapi saya tak dapat menjamin kenaikan harga emas pada masa hadapan. Ini adalah panduan semata-mata. Anda harus mengetahui tahap risiko anda sendiri.
0 comments:
Post a Comment