Emas berkemungkinan akan meningkat ke suatu paras rekod melebihi $2,000 seauns pada tahun hadapan ekoran tindakan bank-bank pusat meningkatkan rangsangan bagi mengekalkan pemulihan, menurut Raymond Key dari Deutsche Bank.
“Kita meletakkan sasaran $2,000 tetapi kita boleh pergi lebih dari itu”, Key ketika dipetik dalam salah satu wawancara beliau di Hong Kong di mana beliau hadir untuk persidangan tahunan LBMA di situ. “Itu berdasarkan pandangan bahawa mereka akan terus mencetak wang”
Emas dalam perjalanan untuk menuju kenaikan tahunan bagi 12 tahun berturut-turut ekoran kebimbangan daripada rangsangan yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan dan bank-bank pusat seluruh dunia bagi mengelakkan kemelesetan ekonomi global dan dalam masa yang sama cuba membanteras kejatuhan ekonomi Eropah. Sungguhpun begitu, tindakan mereka cuma hanya menjatuhkan lagi nilai matawang di samping meningkatkan kadar inflasi.
Pegangan dana dagangan bursa yang bersandarkan pada emas atau ETF berkembang dengan terbesar yang pernah direkodkan pada minggu lepas.
“Di antara semua logam berharga, emas akan jadi yang terbaik,” kata Jeremy East, ketua global dagangan logam dan produk inventori berstruktur di Standard Charterd Plc dalam wawancara beliau pada 12 November. “Penggerak emas terbesar adalah merupakan ETF.”
Emas bagi penghantaran segera, yang meningkat kepada rekod $1,921.15 seauns pada 6 September 2011, diniagakan di paras $1,726.55 pada jam 9:28 pagi waktu Malaysia, 10 peratus lebih tinggi berbanding awal tahun ini. Emas menokok 70 peratus berbanding Disember 2008 sehingga Jun 2011 disebabkan Rizab Persekutuan AS membeli $2.3 trilion hutang dalam dua pusingan pelonggaran kuantitatif (quantitative easing).
“Kami masih berusaha bagi mendapatkan lebihan perlombongan seperti yang pernah diperolehi pada masa lalu,” kata Jamie Sokalsky, CEO Barrick Gold Corp iaitu pengeluar emas terbesar dunia. “Ini perlu mengambil masa dan dasar monetari yang mudah juga perlu wujud untuk beberapa ketika lagi.”
Rizab Persekutuan berkata pada 24 Oktober bahawa mereka akan membeli $40 bilion hutang gadai janji (mortgage) sebulan dan mungkin mengekalkan kadar faedah kepada hampir sifar sehingga 2015 untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kadar pengangguran. 'Bank of Japan' memperluaskan pembelian aset pada 30 Oktober untuk kali kedua dalam tempoh 2 bulan dan Bank Pusat Eropah telah berkata ia bersedia membeli bon negara-negara yang berhutang.
Hadirin pada acara persidangan tahunan LBMA selama dua hari yang berakhir semalam, menjadi kurang yakin tentang prospek emas untuk diniagakan sepanjang persidangan itu. Mengikut purata respon dalam kaji selidik perwakilan semalam, emas mungkin akan meningkat kepada $1,849 menjelang September. Ia merupakan penurunan berbanding kaji selidik pada 12 November yang menjangkakan emas akan meningkat kepada $1,914.
Emas merosot ke paras minggu kesembilan terendah iaitu $1,672.75 pada 5 November berikutan hasil pembentangan data pekerjaan lebih baik daripada apa yang diramalkan dan juga nilai dolar yang mengukuh.
“Pandangan yang cukup positif untuk emas tetapi orang ramai tidak boleh mengharap terlalu banyak, kita berurusan dengan asasnya yang sangat panjag,” kata Key dari Deustche Bank merujuk kepada pertaruhan ke atas keuntungan lebih lanjut. “Peningkatan ini menjadi semakin matang.”
Aliran ke ETF mungkin akan berjumlah 200 metrik tan tahun ini berbanding 175 metrik tan pada 2011, Barclays Plc berkata dalam laporannya bertarikh 8 November. Ia merupakan 4.6% daripada jumlah bekalan fizikal sebanyak 4.323 tan pada tahun ini. Menurut Bloomberg, pengiraan berdasarkan angka Barclays.
Data dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan Brazil, Korea Selatan dan Rusia adalah antara negara-negara yang menambah rizab emas mereka tahun ini.
Pada 11 November, Ashish Bhatia, pengurus hal ehwal kerajaan dari World Gold Council berkata negara-negara membeli 254.2 tan emas pada separuh pertama 2012 dan pegangan melebihi pada kadar 456 tan iaitu yang ditambah pada 2011.
“Dengan bank-bank pusat terus membeli emas di seluruh dunia dan dengan persekitaran makroekonomi yang masih ada, permintaan kekal sebagai sangat kuat.” kata Sokalsky, CEO Barrick.
Sumber: Bloomberg
ULASAN
Sumber: Bloomberg
ULASAN
- Harga emas akan terus dijangka meningkat untuk tempoh yang mendatang. Semakin lama, kalau kita tak beli dari sekarang kita akan rasa emas makin mahal dan sentiasa mahal. Jadi mula membeli dari sekarang
- Bank-bank pusat di seluruh dunia terus-menerus membeli emas sebagai rizab mereka. Satu perkara yang menarik, tidak ada satu negara di dunia inipun yang menggunakan emas sebagai matawang. Setiap negara ada matawang mereka sendiri tetapi mereka tetap menyimpan emas sebagi rizab. Agak-agaknya kenapa?
- Kesedaran orang ramai tetang kepentingan emas semakin meningkat saban hari. Emas fizikal dilihat sebagai simpanan dan pelaburan yang baik kerana harga emas terus meningkat. Pelaburan emas dengan PUBLIC GOLD dilihat sebagai antara yang terbaik buat pelabur kerana dengan susut nilai yang jauh lebih kecik dari kedai emas, pelabur akan untung lebih cepat asbab kenaikan harga emas. Hubungi saya SEKARANG dansaya akan bantu anda.
0 comments:
Post a Comment