CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 21 September 2012

Harga EMAS Tertinggi Dijangka Hujung Tahun 2012

 

Thursday, 20 September 2012

Emas cecah RM6,140 seauns

 
Capai harga tertinggi tahun depan kesan kemerosotan tarikan pelabur

KENAIKAN harga emas ke paras tertinggi melebihi AS$2,000 (RM6,140) seauns yang dijangka dicapai tahun depan, akan memberi petanda bahawa logam berharga itu mencapai paras harga kemuncak dalam aliran meningkat sejak lebih sedekad lalu apabila dasar kewangan di negara ekonomi utama kembali normal, kata Pengerusi Perundingan Logam (GFMS), semalam. 
Pasaran dijangka meningkat kepada paras tertinggi baru menjelang awal 2013 selepas bergelut tahun ini ekoran permintaan agak perlahan di pasaran fizikal utama dan kemerosotan tarikan pelaburan untuk jongkong emas, kata Philip Klapwijk.

Harga emas mungkin melepasi AS$2,000 berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang zon euro yang berterusan dan prospek berhubung lebih banyak pelonggaran dasar monetari AS, katanya.

“Kami menjangkakan dapat menyaksikan harga emas naik melepasi AS$2,000 pada 2013, namun begitu tahun depan mungkin menjadi sebagai petanda tertinggi untuk pasaran,” kata Klapwijk.

“Ia bergantung kepada sama ada kami melihat beberapa penyelesaian di Eropah yang mencukupi untuk mengambil beberapa langkah mengatasi isu berakhirnya langkah rangsangan di AS serta prospek normalisasi dasar monetari,” katanya.

Klapwijk berkata, emas dijangka diniagakan sekitar AS$1,530 hingga AS$1,920 seauns pada 2012, dengan harga purata AS$1,731 seauns.

Harga akhir tertinggi yang dipaparkan sedikit di bawah rekod tahun lalu iaitu AS$1,920.30 seauns yang dicatatkan pada September.

“Apa yang kita lihat adalah penangguhan berikutnya kepada kenaikan harga tertinggi,” kata Klapwijk sebelum melancarkan laporan GFMS Gold 2012.

“Paras harga melepasi AS$2,000 seauns mungkin akan melihat lebih banyak cerita untuk separuh pertama 2013 berbanding beberapa perkara yang kita akan lihat pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Melihat kepada unjuran untuk bekalan dan permintaan tahun ini, beliau menunjukkan kepada lebihan asas dalam pasaran yang mana dolar akan berjumlah AS$130 bilion.

Kaitan emas dengan aset lain seperti saham, dolar dan euro masih berubah secara berterusan.

Dalam tiga suku pertama 2011, kebanyakan emas didagangkan selaras dengan dolar berikutan pelabur membeli kedua-dua aset sebagai pelaburan selamat. Namun pada enam minggu terakhir, emas didagangkan berbanding dolar dan selaras dengan komoditi lain.

Walaupun kini emas kurang terdedah kepada turun naik dalam pasaran ekuiti, Klapwijk berkata, harga masih boleh jatuh secara ketara jika wujudnya satu pergerakan yang lebih rendah dalam bekalan. – REUTERS 
Sumber:  http://www.bharian.com.my/articles/EmascecahRM6_140seauns/Article/

Wednesday, 19 September 2012

Pelaburan Emas Fizikal Di Malaysia Berita TV9

Seminar Bijak EMAS & PERAK

Jemputan Khas kepada orang-orang Sabah. Kali ini Seminar Bijak EMAS & PERAK akan berada di Kota Kinabalu, Sabah. Bulih bah kalau kau!

Sunday, 16 September 2012

Pelaburan Emas

APA ITU EMAS?
Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. Selain daripada dijadikan barang kemas emas juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya. Justeru, menyimpan emas sebagai satu pelaburan merupakan tindakan yang amat bijak. Ini kerana nilainya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang.

PELABURAN SEBENAR
Sebut saja pelaburan, pasti ramai membayangkan keuntungan lumayan dalam masa singkat. Ini kerana, ada individu atau syarikat yang menjanjikan pulangan lumayan dengan jalan pintas dan pasti ramai yang berebut menyertainya dan ramailah terjerumus dalam skim cepat kaya. pelaburan dinar emas adalah sebagai pengganti kepada pelaburan dalam bentuk mata wang masa kini yang tidak bersifat stabil dan bergantung kepada kedudukan ekonomi dunia. kelemahan kerana ia bergantung kepada nilainya yang kadangkala menyusut dan kadangkala meningkat. Di masa depan, kita tidak tahu apa yang berlaku terhadap nilai mata wang yang kita miliki kerana jika kita melabur dalam jumlah yang banyak sekalipun, jika nilainya jatuh, maka itu bermakna kita akan rugi. Ini tidak berlaku kepada emas kerana kesan perang sekalipun tidak akan menyusutkan nilainya yang mempunyai permintaan di seluruh dunia.

APAKAH KEUNTUNGAN PELABURAN EMAS?
Kebiasaan kita sering mendengar tentang pelaburan PNB (ASB, ASN, ASW), Unit Trust (Public Mutual, CIMB), Pelaburan Hartanah dan Urusniaga Saham. Walau bagaimana pun masih ramai dikalangan kita tidak menyedari bahawa potensi pelaburan emas. Pelaburan ini menjadikan sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi.

Disini saya telah buat perbandingan antara pelabuaran yang popular di Malaysia iaitu pelaburan ASB dengan pelabuaran Emas


                   
                                                     Pelaburan ASB

Keuntungan dan bonus tahunan ASB semakin menurun saban tahun

Tahun 2010 ? Kadar keuntungan dan bonus tahun 8.55%  Ini belum ditolak dengan kadar inflasi.

Contoh lain :
Kes ASB : Merujuk jadual di atas nilai dividen dalam 5 tahun terakhir berada pada paras 8.50% - 9.00%. Secaranya mudahnya, sekiranya pada bulan Januari 2010 kita menyimpan RM 50,000
Pada bulan Januari 2011, keuntungan yang kita perolehi bersamaan RM 50,000 x 8.55% = RM 4,275

Jadi, keuntungan ASB hanya boleh dinikmati pada awal tahun berikutnya. Kalau anda sanggup tunggu setahun dan terima keuntungan sekitar 8% - 9%.
       


PELABURAN EMAS

   Graf Harga Emas Dalam Tempoh 1 Tahun                                   


Pergerakan harga emas dari 1992 sehingga Jun 2011

Rajah di atas menunjukkan pergerakan harga emas dari bulan Sept 1992 hingga Jun 2011. Pergerakkan harga emas saban tahun semakan naik, jauh berbanding dividen ASB.

Contoh pengiraan emas:-
Harga terendah pada Jun 2010 adalah sekitar USD 1,210.45 dan meningkat sehingga Jun 2011 ke paras USD 1530.82 per ounce. Peratus kenaikan adalah sekitar 30% setahun . 

Di sini kita dapat lihat bagaimana cepat dan tinggi lonjakan nilai emas dalam masa setahun.

Harga pasaran emas terkini :   emas 999= RM 175.63/gram
Harga pasaran emas Jun 2010: emas 999  = RM156 /gram
1 troy ounce/ Oz bersamaan 31.10 gram.

Sekiranya pelabur yang telah memilik emas dan memerlukan keuntungannya, pelabur boleh jual atau cagar emas untuk ditukarkan kepada tunai tanpa perlu menunggu sehingga cukup 1 tahun tempoh pelaburan. Inilah kelebihan pelaburan emas. Rajah dibawah menjelaskan rekod harga emas dalam Ringgit Malaysia dari tahun 2007 sehingga 2011. Bedasarkan kenaikan ini jelas sekali menunjukkan harga emas meningkat naik dari masa ke semasa. RM109/gram untuk tahun 2007 menigkat ke tahap RM177/gm.

                                                              



                                  Sejarah harga emas dari tahun Ogos 2007 sehingga July 2011

KINI KITA LIHAT PERBANDINGAN EMAS DENGAN MATAWANG DUNIA 

                                     

Bedasarkan graf diatas menunjukkan pergerakkan matawang utama dunia. Bagi matawang US Dollar dan Pound Streling penurunan hampir mencecahi 80% berbanding emas manakala Euro dan Yen pula menunjukkan penurunan sebanyak 70% berbanding emas.

Ada yang mungkin akan mengatakan bahawa ini adalah kerana kenaikan harga emas dunia disebabkan permintaan dan pengeluaran. Cuma harus diingat, semasa matawang USD disandarkan kepada nilai emas, perkara ini tidak berlaku. Selain itu sekiranya kita mengaitkan dengan kuasa membeli menggunakan matawang, ini jelas menunjukan ada penurunan kuasa membeli terutamanya barangan makanan.

Ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. Tiga per empat daripada dolarnya berada diluar negara dengan nilai yang terus menyusut. Kegemilangannya dilihat terus merudum.

Rajah diatas menunjukkan kuasa beli 1USD menurun sebanyak 80% daripada tahun 1971 – 2009, mana kala kenaikan harga emas dan penurunan kuasa beli wang kertas. 

Dimasa kini nilai matawang semakin mengecil. Sebagai contoh RM100 boleh dihabiskan untuk beberapa ketika sahaja. Cuba anda bayangkan beberapa tahun yang akan datang?

Berapakah nilai untuk RM100, RM1000, RM10,000 dan RM100,000?

Pada tahun 2011 warga pesara mungkin boleh menangung kos hidup besama pasangannya dengan RM100,000 yang mereka perolehi dari wang persaraan atau simpanan. Tetapi pernahkan anda memikirkan dengan nilai yang sama untuk 25 tahun yang akan datang. Mampukan jumlah wang yang sama menanggung kos kehidupan yang mana kadar inflasi yang semakin meningkat.

Dari dua perbandingan ini jelas sekali menunjukkan pelaburan emas adalah pelaburan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang. Pengukuhan ini disokong dengan kuasa belian dan jualan yang besar. Emas juga tidak mudah untuk dimanipulasi. Erti kata kuality dan kuantiti tidak boleh ditambah, diubah dan dicipta kerana ainya adalah bahan logam yang mempunyai kualiti yang tersendiri. Berbanding dengan matawang yang dicetak oleh machine mengikut kedendak sesuatu negara. Banyaknya kuantiti cetakan maka nilai kertas semakin merosot.

APA ITU INFLASI?
Dalam ilmu ekonomi, inflasi adalah suatu proses meningkatnya harga-harga barangan secara umum dan terus-menerus, disebabkan oleh berbagai faktor, antara lain, keperluan masyarakat yang meningkat atau adanya ketidak lancaran pengagihani barang. Dengan kata lain, inflasi juga merupakan proses menurunnya nilai mata wang secara berterusan. Inflasi dianggap terjadi jika proses kenaikan harga berlangsung secara terus-menerus.Istilah inflasi juga digunakan untuk

mengartikan peningkatan persediaan wang yang kadangkala dilihat sebagai penyebab meningkatnya harga barangan. Kadar inflasi akan ditentukan oleh Bank Negara pada setiap tahu dan secara puratanya kadar Inflasi di Malaysia adalah sekitar 4%.

MERANCANG KEWANGAN KETIKA MUDA
Kita harus merancang kewangan agar dimasa tua kelak kita bukan dikalangan pesara yang meminta minta. Mungkin terlintas difikiran anda yang anak kita perlu menjaga kita dimasa tua kelak, ye betul. Tetapi dari segi apa, tempat tinggal, makan minum, belanja ubat-ubatan, belanja pakaian, kos senggaraan dan minyak kereta. Menumpang berteduh dan makan minum di rumah anak sendiri memang tiada masalah, itu sudah menjadi tanggungjawab mereka namun kita harus memikirkan bahawa anak kita juga mempunyai masalah ekonomi mereka sendiri. Dengan adanya duit simpanan kita mampu menampung perbelanjaan kehidupan dan kos perubatan.

Kalau kita lihat di tempat peranginan dan percutian dinegara kita sendiri, terdapat ramai pelancong luar negara warga tua yang menginap di resort atau hotel sehingga 2 ke 3 bulan lamanya. Ini kerana meraka ini memiliki simpanan yang mampu menaggung kos sara hidup sehinggakan mampu bercuti di luar negara. Tidakkah kita terfikir untuk seperti mereka ini satu hari nanti?

PENGERTIAN PENCEN? 
Pencen adalah skim wang persara selepas tempoh tamat berkerja juga sebagai masalah kewangan. Dua definisi yang harus jelas difikiran anda. Beberapa orang menyebutnya bersara sebuah "kerjaya baru." Apa yang anda ingin lakukan pada tahap ini, sedangkan wang persaraan yang anda terima tiap bualan hanyalah separuh dari jumlah wang yang anda miliki semasa bekerja? Percutian? Santai? Pindah ke sebuah komuniti bersara atau menjadi datuk/nenek? Mengejar hobi kegemaran? Pergi memancing atau menyertai country club? Bekerja sambilan atau melakukan kerja sukarela? Rawatan perubatan untuk kesihatan anda? Adakah anda berharap keluarga anda untuk mengurus anda jika anda tidak dapat mengurus diri sendiri? Adakah anda ingin memasukkan tahap kehidupan anda lebih awal dari usia bersara biasa atau nanti? 

Jawapan atas soalan-soalan ini penting ketika menentukan berapa banyak wang yang anda perlu untuk bersara dan berapa banyak wang yang anda perlu menyimpan dari sekarang. Katakanlah anda bercadang untuk bersara awal sedangkan tiada rancangan dan persiapan dari sekarang. Anda perlu untuk berhadapan dengan dunia inflasi yang semakin meningkat, nilai wang ringgit yang semakin lemah dan kos hidup dan perubatan yang semakin tinggi, sedangkan perjalanan anda lebih jauh dan lebih lama

WANG YANG DIPERLUKAN SELEPAS BERSARA?
Dari kajian menunjukkan seseorang pesara memerlukan 70 hingga 90 peratus wang selepas bersara jika mahu keselesaan hidup seperti  zaman bekerja. Contoh jika pendapatan  semasa bekerja RM50, 000 setahun (sebelum cukai), anda mungkin perlu RM35, 000 ke RM45, 000 setahun pendapatan bersara untuk menikmati taraf hidup yang sama anda miliki sebelumnya bersara.

PERANCANGAN PENCEN SEMENTARA MASIH MUDA
Bedasarkan realiti ini, anda perlu merancang kewangan dari sekarang.  Mengumpul emas adalah langkah yang paling bijak dan Semakin cepat anda memulakan, semakin baik. Dapatkan anda membayangkan sekirannya sekarang anda memiliki emas dengan harga belian semasa RM170 (contoh untuk emas 999), berapakah nilainya semasa anda bersara kelak?  Bagi suami yang pernah membelikan emas kepada isteri atau isteri yang memiliki/membeli emas pada beberpa tahun dahulu, pernah anda
 bertanya dari kedai emas, berapakah harga untuk emas anda sekarang? 
                             

CARA  PELABURAN

Disini biar saya kongsikan bagaiman cara pelabur-pelabur diluar sana yang sedang menjana pendapatan  dan simpanan hanya dengan EMAS,
                           

                                                        SKIM GADAIAN AR RAHNU


KEUNTUNGAN DARI SKIM GADAIAN AR RAHNU
1 – Emas anda selamat kerana disimpan oleh Ar Rahnu

2 – Anda terima 70% dari harga gadaiaan (untuk gadaian kali kedua dan seterusnya. Bagi gadaian pertama, hanya 65% sahaja yang anda akan terima)

3 – Wang 70% ini boleh digunaan untuk tujuan lain seperti melabur, beli emas atau simpan sahaja.

4 – Apabila cukup 6 bulan dari tarikh gadaian anda, maka pihak Ar Rahnu akan mengarahkan anda supaya menebus kembali barang gadaiaan tadi. Sewaktu penebusan ini, anda diminta melunas kembali pinjaman 70% dan upah simpan. Upah simpan untuk jumlah gadaiaan RM1700, lebih kurang RM78 yang mana RM13 untuk setiap bulan.

5 – Sekirannya anda gagal untuk menyediakkan 70% (RM1170) pinjaman, pihak Ar Rahnu  akan lelong barang gadaian anda itu, tetapi sebelum tu pihak Ar Rahnu akan memulangkan kembali baki pinjaman 30% (RM510) + dengan keuntungan nilai semasa.

EMAS DALAM PERSPEKTIF ISLAM
Petikan dari Al Quran Surah Al-Hajj ayat 23
Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT akan memberikan penduduk syurga gelang-gelang yang diperbuat daripada Emas dan mutiara sebagai hadiah kepada hamba-hambanya yang berjaya.Ini jelas menunjukkan bahawa Emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetap bernilai di akhirat kelak.


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


Wednesday, 12 September 2012

PELUANG Perniagaan EMAS & PERAK Bersama GSR


Monday, 10 September 2012

Pengalaman memajak emas di Ar-Rahnu


Ditulis pada 17 December 2008 – 1:59 pm | by syukor |

 

Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca sekalian? harap-harap anda akan sihat dan ceria semua.

Nampaknya kita sudah menghampiri hujung tahun 2008. Tak lama lagi tahun 2009 akan tiba. Jadi marilah kita sama-sama berdoa agar tahun 2009 ini akan membawa lebih banyak keberkatan, kekayaan dan juga kebahagiaan.

Ok! sekarang mari kita bercakap pasal emas pula :) 

Salah satu kelebihan emas fizikal ialah ianya boleh digadaikan. Dengan kata lain emas ini boleh disandarkan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Pinjaman ini boleh digunakan samada untuk:

1. Membuat pelaburan jangka pendek yang lebih menguntungkan.
2. Sebab sesak nak pakai duit untuk jangkamasa pendek.

Jadi, bagi pembaca yang nak mengetahui cara-cara menggadai emas, saya akan menceritakan pengalaman saya memajak emas di Ar-Rahnu bank Rakyat dan Ar-Rahnu Agro Bank.

Tapi sebelum itu, mari kita lihat sistem pajak gadai yang terdapat di Malaysia.

Sistem pajak gadai di malaysia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu:

1. Sistem pajak gadai konvensional
2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu)

Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM5000.00. Saya tiada pengalaman memajak emas di pajak gadai konvensional. Lagipun pajak gadai konvensional menggunakan sistem faedah/riba yang jelas bertentangan dengan Islam.
So saya tak recommend lah….

Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.

Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:

1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.
2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
3. Cas perkhidmatan yang rendah
4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
5. Tempoh membayar balik yang munasabah
6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.

Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank Rakyat dan Agro Bank.
Memandangkan saya pernah memajak emas di kedua-dua bank, maka saya akan tumpukan kepada bank-bank ini.

1. Ar-Rahnu Bank Rakyat:Maklumat lanjut tentang skim Ar-Rahnu Bank Rakyat boleh baca kat sini:
http://bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu 

2. Ar-Rahnu Agro Bank:Maklumat lanjut mengenai skim Ar-Rahnu Agro Bank boleh dibaca kat sini
http://www.agrobank.com.my/article.cfm?id=711

Pengalaman memajak emas di Bank Rakyat.


Saya ada memajak 6 ketul emas PAMP Suisse 100 gram di Bank Rakyat Melaka.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis rate pajak iaitu barang kemas dan juga gold bar. Jika anda hendak pajak gold bar, anda perlu membawa sijil gold bar berkenaan atau resit pembelian gold bar tersebut. Tapi untuk barangan kemas, tak perlu bawa sijil.

gold_bar_PAMP_Suisse
Emas PAMP Suisse 100gram yang digadai
 
Memajak emas di Bank Rakyat sangat mudah. Dalam 15-20 minit aje dah selesai. Apa yang perlu dibawa ialah emas dan kad pengenalan. Kalau ada resit pembelian emas, saya cadangkan anda membawanya. In case pegawai Bank Rakyat minta tengok. Emas yang biasa digadaikan ialah emas 999 (24K) dan emas 916 (22K)


Pegawai bank akan menguji berat dan ketulenan emas.

Bank Rakyat akan memberi pinjaman 65% daripada nilai keseluruhan emas. Rate harga emas pula berubah-ubah setiap hari berdasarkan harga emas pasaran. kalau nak tahu rate, kena telefon atau kunjungi cawangan Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Tempoh simpanan ialah 6 bulan. Anda boleh tebus awal kalau nak. Anda akan dapat diskaun jika menebus awal. Selepas tempoh 6 bulan, anda boleh terus menyimpan lagi 6 bulan, tapi dengan syarat anda kena jelaskan upah simpan untuk 6 bulan yang terdahulu.

Upah simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat

Upah simpan yang dikenakan oleh Bank Rakyat bergantung kepada nilai harga emas yang disimpan ( dipanggil nilai marhum).

Macam kes saya nie, nilai emas (marhum) ialah RM64,500.

Jadi, saya boleh pinjam 65% daripada nilai marhum iaitu bersamaa RM41,900.00

Memandangkan nilai gadaian melebihi RM5000, ia dah masuk kategori Az-Zahab
(Az- Zahab adalah skim lanjutan kepada Ar-Rahnu. Ia menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu. Ar-Rahnu untuk nilai marhum RM5000 ke bawah).

Pengiraan:
Nilai emas yang disimpan = RM64 500.00
Nilai pinjaman yang diberikan  = 65% x RM64 500.00
= RM41 925.00  (dibundarkan jadi RM41 900.00)
Upah simpan = 0.75% x RM64 500.00 (nilai marhum)
= RM483.00 sebulan (tapi kena bayar RM485.08)
Jumlah upah simpan 6 bulan = RM485.08 x 6
= RM2910.45
.

Ini adalah resit pajakan emas di bank Rakyat.
 
 Kebaikan:
1. Proses gadaian mudah dan cepat
2. Boleh pajak sehingga nilai maksimum RM50,000
3. Bank Rakyat boleh keluarkan terus RM50,00 kepada pemajak
4. Upah simpan dibayar semasa nak tebus emas tersebut.

Kelemahan:
1. Emas yang ada gambar binatang dan manusia tak diterima. Ini kerana Ar-Rahnu
    ialah produk Islam, jadi ia perlu menepati kehendak syarak.
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi rate upah simpan

Pengalaman memajak emas di Agro Bank.


Saya ada memajak emas PAMP Suisse 50gram (plastik biru) dan Kijang Emas 1Oz di Agro Bank Melaka.
Ini kerana Agro Bank boleh menerima gold bar yang ada gambar untuk dipajakkan.


PAMP Suisse 50gram yang digadai


Kijang emas yang digadai
 
Prosesnya pun mudah juga. Dalam 20 minit selesai urusan mengisi borang dan menguji ketulenan emas. Pegawai Agro Bank meminta saya sertakan resit pembelian emas untuk disimpan.

Bagi Agro Bank, anda boleh memohon untuk mendapat 50% atau 60% atau 70% daripada nilai gadaian.
Semakin tinggi nilai gadaian, maka semakin tinggi upah simpan yang dikenakan kepada penggadai.

Bagi kes saya, saya ambil 70% :) 


Ini adalah resit gadaian emas Agro Bank

Klik untuk besarkan
 
 Kebaikan:
1. Emas yang mempunyai gambar haiwan/orang boleh diterima.
2. Nilai gadaian maksimum ialah RM50,000.
3. Boleh gadai dengan nilai 50%, 60% atau 70% dari nilai emas.
4. Upah simpan emas dibayar sewaktu nak tebus emas berkenaan.
5. Proses gadaian yang mudah dan cepat.

Kelemahan:
1. Sehari Agro Bank boleh keluarkan RM10,000 sahaja. Kalau anda nak dapat 50,000
    kena berulang-alik ke Agro Bank 5 hari berturut-turut lah..
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi upah simpan.

Kesimpulan:
Menyimpan emas memang menguntungkan. Ini kerana nilai emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang. Jadi apabila nilainya meningkat, maka nilai gadaian juga akan meningkat. Justeru, jika anda memerlukan wang dengan kadar segera, emas anda boleh digadaikan dengan mudah.

Apa tunggu lagi.. mulakan simpanan emas anda sekarang! untuk long term memang berbaloi :)